BUKAN menghilangkan diri, sebaliknya isteri pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam yang memfailkan fasakh terhadap suaminya pada 9 April lalu mengakui kini berada di kampungnya di Thailand.
Nilam atau nama sebenar Nur Nilam Ortiz, berkata, keadaannya baik-baik sahaja namun memilih untuk menjaga ibunya di sebuah hospital yang memerlukannya berada lama di situ.
“Masih dekat sini, ada sahaja tau. Tak bersedih pun, tengah sibuk jaga syurga.
“Kalau saya diam, orang akan tercari-cari saya mana. Saya mungkin akan seminggu lagi di sini, tapi tengok macam mana,” katanya dalam hantaran TikTok.
Sebelum ini, Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, mengesahkan isterinya memfailkan fasakh terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.
Meskipun menghormati keputusan itu, Azlan enggan melepaskan Nilam atas alasan yang belum boleh dikongsikan kepada umum.
Pada 9 April lalu, pempengaruh juga pelakon itu mengejutkan ramai apabila muncul di mahkamah syariah berpakaian serba hitam.
Tidak memperincikan kedatangannya, ramai menebak tindakan dilakukan berpunca dari keinginan Azlan untuk berpoligami yang didedahkan bulan lalu.
Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. – HIBGLAM