688
LAMA betul tak dengar cerita tentang Ahirine Ahirudin. Filem terakhir lakonannya yang Diva tonton adalah Tebus.
Tapi perkongsiannya dalam media sosial masih aktif cuma penampilannya baru-baru ini agak mencolok mata ramai.
Mana tidaknya, dres yang digayakan bukan main singkat lagi hingga ke pangkal paha. Sakit mata Diva tengok lebih-lebih lagi ketika dia duduk.
Tapi kalau Ahirine selesa dengan penampilan sebegitu, tidak mengapalah. Mungkin dia pun sudah terbiasa dengan penampilan sebegitu.
Berita berkaitan:
Cuma, Diva harap janganlah pakai pakaian yang terlalu seksi. Nanti kalau kena kecam, diri sendiri juga yang sakit hati.
DIVA: Makin hari makin cantik Aaisyah Dhia Rana. Mesti persis model kalau sudah dewasa nanti.

