‘Suka makna surah Ad-Dhuha, Allah tetap sayang walau kita jahat’

DIPUJI lancar mengalunkan surah Ad-Dhuha, penyanyi Cik B mengakui berasa segan kerana menganggap semua orang mampu melakukan perkara sama.

Dalam masa sama, Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, memaklumkan Ad-Dhuha merupakan surah kegemarannya kerana memiliki maksud yang sangat bermakna.

“Saya segan sebab itu surah biasa saja, semua orang hafal.

Saya mula amalkan sejak mula bermain di kepala saya dan sudah mula hafal sejak kecil.

“Saya suka surah ini kerana membawa makna Allah tetap sayang kita walaupun kita ini jahat. Ad-Dhuha ini juga surah yang memberi saya rezeki,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida itu turut berkongsi kejadian tersebut berlaku secara tak sengaja apabila seorang pelayan menyapanya dan meminta membacakan surah kegemarannya.

“Ketika itu saya di restoran sedang makan tiba-tiba seorang pak cik datang dan mula mengaji sambil bersembang, dia tanya surah kegemaran saya.

“Saya cakap Ad-Dhuha, selepas itu saya baca dan dia ikut sekali. Saya pun tak perasan adik saya rakam momen itu,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, Cik B mengundang perhatian apabila membaca surah Ad-Dhuha bersama seorang pelayan restoran di Turki.

Malah, ramai juga memuji pelantun lagu Raya GenZ itu mengikut sikap ibunya yang suka membaca dan menghafal ayat-ayat suci al-Quran. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok