PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah memohon doa terbaik daripada orang ramai dalam pendengaran rayuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan dan hukuman empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang dihadapi Ahli Parlimen Muar itu.
Bagaimanapun, Bella diiringi oleh seorang pengawal peribadi wanita enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai prosiding yang berlangsung pada hari ini.
Saya tak boleh komen sebab saya nak menghormati keputusan mahkamah, jadi kita tunggu esok ya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Istana Kehakiman di sini hari ini.
Terdahulu, Bella dilihat keluar secara beriringan bersama Syed Saddiq dari Istana Kehakiman sekitar pukul 3 petang dengan ditemani beberapa individu.
Dalam pada itu, ditanya sama ada kehadirannya ke mahkamah hari ini kerana diajak oleh Syed Saddiq atau atas dasar persabahatan, Bella secara ringkas menjelaskan ia atas semua faktor.
Semuanya. Wakil (daripada) Primavalet pun datang juga,” katanya.
Bella juga dijangka hadir sekali lagi esok ke mahkamah bagi memberi sokongan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
Mahkamah Rayuan di sini hari ini mula mendengar hujahan daripada pihak pembelaan Syed Saddiq berhubung sabitan dan hukuman berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). – HIBGLAMd