‘Saya bukan calon sesuai, cari pasangan lain’

Selepas berkemban, kini pelakon Nonny Nadirah mendedahkan pula dia menolak lamaran seorang lelaki yang mahu memperisterikannya dalam media sosial baru-baru ini.

Pemilik nama lengkap Nonny Nadirah Zainuddin, 35, itu berkata, lamaran tersebut ditolak kerana berasakan dirinya bukan calon isteri yang sesuai buat individu berkenaan.

“Dia lamar kita pula.

“Saya bukan calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai isteri. Sila cari pasangan lain,” katanya dalam Instagram Story semalam.

Kata Nonny, status solo tanpa terikat dengan mana-mana hubungan istimewa sudah cukup untuk membahagiakan dirinya ketika ini.

“Alhamdulillah saya bersyukur sebagai individu ‘single’.

“Tiada jodoh di dunia, saya akan minta awak di akhirat,” ujarnya.

Terdahulu, Nonny meraih perhatian apabila memuat naik hantaran tangkap layar mesej yang diterimanya dalam Instagram daripada seorang lelaki yang melamarnya untuk dijadikan isteri.

Dalam mesej tersebut, lelaki berkenaan mahu berkenalan dengannya sebelum mendirikan rumah tangga bersama Nonny.

“Assalamualaikum, jadikan isteri saya.

“Ingin mengenali dan seterusnya menjadikan awak sebagai isteri saya,” kata individu tersebut.

Terdahulu, pelakon drama Luka Di Hati Diya itu kerap menjadi bahan bualan ramai kerana memuat naik perkongsian sensasi termasuk menunjukkan klip duduk mencangkung hingga nyaris menampakkan alat sulitnya ketika menjual produk.

Nonny sebelum ini mendakwa berdepan dengan gangguan sihir sehingga wajahnya senget sebelah sekitar tiga tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok