Heroin Meteor Garden meninggal dunia kerana pneumonia

PELAKON Taiwan, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia selepas dijangkiti influenza ketika meraikan Tahun Baharu Cina di Jepun.

Berita duka itu dikongsi adik perempuannya, pengacara Dee Hsu yang menyifatkan pemergian kakaknya sebagai kehilangan besar buat keluarga mereka.

Terima kasih atas keprihatinan semua. Ketika sambutan Tahun Baharu Cina, kami sekeluarga bercuti di Jepun dan kakak saya terkena jangkitan influenza yang mengakibatkan keradangan paru-paru.

‘Dia meninggalkan kami buat selama-lamanya tetapi saya bersyukur selama ini kami saling menjaga antara satu sama lain. Saya sangat berterima kasih kepadanya dan akan sentiasa mengingatinya,” katanya menerusi laman sosial.

Pemergian bintang yang mencipta nama di rantau Asia itu ditangisi peminat yang terkejut menerima perkhabaran duka tersebut.

Barbie atau nama sebenarnya Barbara Hsu, 48, menceburi dua hiburan sebagai pop duo bersama Dee sebelum menyerlah selaku hos program televisyen.

Popularitinya memuncak selepas melakonkan watak Dong Shancai dalam drama bersiri Meteor Garden pada 2001.

Barbie meninggalkan suami yang juga penyanyi Korea, DJ Koo Jun Yup dan seorang anak perempuan berusia 10 tahun.

Mendiang turut mempunyai seorang lagi cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu dengan usahawan dari China, Wang Xiaofei.

Sebelum ini dia pernah dimasukkan ke hospital kerana ada masalah epilapsi dan jantung. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok