KETIADAAN aktres Nur Fazura di majlis pernikahan pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana di Taiping, Perak pada Jumaat lalu mengundang pelbagai reaksi netizen.
Perkara tersebut mencetuskan tanda tanya ramai susulan hubungan Mimi dan Fazura sebelum ini dikatakan sangat rapat, saling tidak tumpah seperti adik-beradik ditambah pula mereka berada di bawah satu syarikat pengurusan sama.
Bukan sahaja tidak hadir, Fazura juga tidak meninggalkan sebarang komen atau ucapan tahniah sempena pernikahan pasangan tersebut dalam media sosial.
Lebih membuatkan ramai mula membuat andaian sendiri apabila Fazura dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram Mimi.
Fazura tak datang pun majlis perkahwinan Mimi, bergaduh ke?
“Aku seorang sahajakah yang perasan Fazura tak ucap apa-apa untuk Mimi dengan Syafiq?
Siapa perasan Fazura tak hadir pun majlis kahwin kawan baik dia Mimi? Ke sudah jadi bekas kawan baik?
“Fazura dah ‘unfollow’ Mimi tapi Mimi masih ‘follow’ Instagram Fazura,” komen netizen.
Namun, ada netizen berpendapat jadual kerja Fazura yang padat membuatkan dia tidak dapat menghadiri majlis tersebut.
Spekulasi tersebut tercetus susulan hubungan Mimi dan Fazura dilihat akrab selain kerap hadir ke majlis menyokong Palestin bersama-sama.
Terdahulu, Syafiq dan Mimi mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup kelmarin.
Majlis tersebut diadakan di tempat kelahiran Mimi iaitu Taiping, Perak yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat. – HBGLAM