234
“IBARAT bidadari syurga tetapi isteri saya lebih cantik.”
Itu antara pujian netizen buat pelakon Dian Sastrowardoyo yang memuat naik beberapa foto di Tanah Suci, baru-baru ini.
Pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta itu menunaikan umrah bersama suaminya, Indraguna Sutowo dan anak mereka, Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo.
Ramai memuji kecantikan pelakon berusia 42 tahun itu yang menggayakan tudung rona putih termasuk rakan selebriti.
“Masya-Allah cantiknya,” puji penyanyi Mulan Jameela.
“Selfie kegemaran saya pada 2025 adalah gambar Dian memakai tudung berwarna putih,” ujar peminat.
“Wanita Indonesia paling cantik dari dulu sampai sekarang,” kata pengikut lain. – HIBGLAM