Ameera ulang tonton video seksi kekasih sampai 30 minit!

PEMPENGARUH yang juga model jelita, Ameera Khan terus mengundang perhatian ramai apabila mengakui tidak mampu berhenti menatap wajah kekasinya yang juga aktor Indonesia, Jefri Nichol dalam sebuah video yang diulang siar semalam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang jurusolek dalam Instagram itu, Jefri dilihat terlibat dalam sesi fotografi namun paling mencuri perhatian adalah aksinya membuat gaya menggoda dan seksi.

Ameera yang mengulang siar video tersebut mengakui tidak berhenti menonton video yang berdurasi 20 saat itu.

Adakan video ini berdurasi 30 minit? Atau hanya saya yang rasakannnya?” kata adik kepada selebriti dan usahawan, Neelofa itu dalam Instagram Story.

Antara babak yang paling mengundang perhatian ramai adalah ketika madu dituang di bibir Jefri.

Terdahulu, kisah percintaan mereka buka lagi rahsia apabila Ameera secara terbuka kerap berkongsi foto romantis bersama Jefri dalam media sosial.

Ameera juga memberitahu keluarganya merestui dan menyokong hubungannya dengan Jefri selain tidak kisah dengan pandangan orang ramai yang sehingga kini melabel kekasihnya sebagai lelaki ‘red flag’.

Sebelum itu, nama Jefri menjadi sebutan ramai selepas membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain turut curang dengan pasangannya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok