Tukar kerjaya, Hafidz Rushdi jadi peninju pula

PELAKON kontroversi, Hafidz Roshdi kini mengubah kerjayanya daripada pelakon kepada seorang peninju.

Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 3, telah mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Twins Championship yang akan berlangsung di Seremban pada 15 Februari nanti.

Menerusi hantaran dalam akaun Instagram rasmi Twins Championship, Hafidz bakal berdepan dengan lawannya iaitu Raj Shankar yang merupakan seorang ‘stand up comedian’.

Menerusi tinjauan HibGlam dalam media sosial, kebanyakan netizen telah menunjukkan sokongan kepada Raj agar dia dapat menewaskan Hafidz pada hari pertandingan itu nanti.

Ramai orang Melayu sokong Raj. Raj adalah harapan kami. Tolong kasi dia lunyai. Bantai dia cukup-cukup,” komen netizen.

Sementara itu, Raj yang terkejut dengan sokongan yang diberikan kepadanya turut meninggal komen yang mencuit hati.

Jangan risau semua. Saya takkan ‘bantai’ dia teruk sangat. Takut tak boleh naik mahkamah nanti,” tulisnya.

Sebelum ini Hafidz pernah dilanda kontroversi hebat selepas didakwa menumbuk bekas isterinya, Nurul Shuhada pada Mac 2023 yang ketika itu masih bergelar isterinya. Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan mereka bercerai talak satu pada 27 Julai 2023. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok