Agensi tak telus, Shuib, Mamat tangguh tunai umrah

USHAWAN selebriti juga pelawak Shuib dan rakan seperjuangan iaitu Mamat terpaksa menangguh hasrat menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan depan apabila agensi yang terlibat didakwa tidak telus dalam mengendalikan urusan jemaah ke Tanah Suci.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 41, perkara tersebut meleburkan impiannya dan Mamat untuk ke Tanah Suci namun yakin ada rezeki lain yang menanti mereka.

Mungkin belum rezeki kita Mat nak pergi umrah bulan puasa ni. Mulanya semua nampak okey untuk berkerjasama.

“Tapi selepas nampak macam-macam masalah yang timbul, kami ambil keputusan untuk tarik diri daripada pergi bersama syarikat agensi tersebut,” kongsinya dalam satu perkongsian Instagram semalam.

Shuib dilihat sedang memujuk Mamat yang kelihatan sedih kerana terpaksa melupakan hasrat itu tanpa berkongsi lanjut mengenai agensi tersebut.

Shuib dalam masa sama turut memberi amaran agar agensi tersebut tidak menggunakan wajah mereka sebagai bahan mempromosikan pakej umrah.

Harap pihak yang berkaitan tidak menggunakan lagi wajah kami untuk sebarang promosi.

“Insya-Allah ade rezeki lain Mat, kita doa ada agensi yang lebih sesuai, yang boleh bawa kita pergi umrah Mat,” jelasnya.

Terdahulu, pada 7 Januari lalu, Mamat berkongsi rasa teruja dan syukur apabila Shuib bermurah hati menghadiahkan pakej umrah kepadanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok