Pendapatan Dowoon RM130 sebulan

MESKI rezeki melimpah ruah, anggota kumpulan Day 6, Dowoon tidak pernah lupa dengan kehidupan lamanya di awal kemunculan dalam industri hiburan Korea Selatan.

Ujar idola berusia 29 tahun itu, selepas menamatkan khidmat wajib tentera, DAY6 kembali aktif pada November lalu.

Setiap lagu yang diterbitkan berada di kedudukan teratas carta muzik Korea sekali gus membuktikan cinta peminat terhadap band itu semakin utuh.

“Saya rasa sangat dihargai dan bersyukur dengan semua ini. Namun, dalam masa sama tetap rasa tekanannya apabila perlu memenuhi harapan peminat.

Di awal kemunculan dulu, saya hanya dapat kira-kira RM130 sebulan. Kalau ada festival muzik kami akan sertai sekiranya dipanggil.

“Ketika itu, kami beli ayam goreng dan bergurau ‘habis dah pendapatan sebulan kita!’,” kenangnya sambil ketawa.

Namun, kejayaan DAY6 hari telah mengubah nasib Dowoon.

Apabila ditanya barang termahal pernah dibelinya, Dowoon dengan bangga menyebut hadiah untuk ibunya.

Saya hadiahkan ibu sebuah kereta baharu. Dulu ibu bawa kereta lama, saya risaukan keselamatannya. Jadi, saya mahu dia ada kereta yang lebih baik,” dedahnya. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok