MESKIPUN memiliki peribadi baik dan wajah tampan, siapa sangka cinta pelakon Wi Ha-joon sering ditolak wanita idamannya.
Perkara itu didedahkan jejaka berusia 33 tahun itu yang mengakui tidak pernah rasa menyesal atau kecewa cinta tidak berbalas.
“Jika tertarik kepada seseorang, aku akan meluahkan perasaan. Aku tidak menyembunyikannya.
Saya pernah ditolak berkali-kali sebelum ini. Tapi saya selalu beritahu mereka tidak menyesal menyukai mereka. Bagi saya mereka sangat berharga,” ujarnya dalam satu temu bual.
Jawapan romantis dan kejujuran aktor tampan itu berjaya menambat hati penonton, terutama kalangan peminat wanita dan golongan ibu.
Ramai yang tersentuh dengan pengakuan Ha-joon selain kagum dengan sikapnya yang suka berterus terang, namun tetap romantik.
Keperibadian Ha-joon yang jujur dan matang membuktikan dia layak menjadi antara aktor paling digemari di Korea Selatan. – HIBGLAM