SELEPAS berulang kali gagal dalam percintaan, pelakon Qi Razali mendedahkan bakal menamatkan zaman bujang tahun hadapan.
Meskipun enggan mendedahkan identiti wanita pilihannya, Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali Wong, 47, berkata mereka berkenalan sejak setahun lalu.
“Status saya belum kahwin tetapi saya akan kahwin, sekarang dalam proses persiapan membeli-belah barangan pengantin. Insya-Allah tahun hadapan.
Dengan siapa saya tak boleh beritahu. Dia orang industri tapi bukan di hadapan kamera. Umur 28 tahun, nanti dah tiba masa saya akan beritahu.
“Tahun lepas kami berkenalan tetapi belum serius, lepas jumpa keluarga baru rapat tetapi sebenarnya merisik dan bertunang dah berlangsung Syawal tahun ini,” katanya kepada HibGlam pada majlis pelancaran filem Babah, semalam
Tambah pelakon filem War On Terror: KL Anarchy itu, meski beberapa kali gagal dalam percintaam, dia tidak pernah putus asa mencari teman hidup.
Bagaimanapun kata Qi, dia akan memastikan betul-betul bersedia sebelum kembali serius menerima kehadiran seseorang dalam hidupnya.
“Saya tidak pernah meletakkan diri saya sebagai belum bersedia untuk enggan ada pasangan.
“Kalau sudah keluar darlpada perhubungan, saya kena pastikan betul-betul tidak lagi terbawa-bawa kisah lama,” jelasnya.
Ditanya ciri-ciri wanita idamannya, Qi tidak cerewet sebaliknya hanya mahu pasangan yang mampu membuatnya bahagia tanpa terlalu mencuba.
Ciri-ciri yang saya cari sebenarnya yang boleh buat kita gembira tanpa buat-buat dan perlu diminta.
“Mungkin sebelum ini kerjaya yang mengganggu tetapi buat masa ini, apabila saya kenal dengan orang yang saya selesa, kami saling menyokong impian masing-masing,” tuturnya.
Sebelum ini Qi mengakui mengambil masa yang lama mengubati luka di hati setelah beberapa fasa kecewa dalam percintaan.
Dia kemudian dilihat senang menjalani kehidupan solo tanpa ada komitmen dengan mana-man wanita. — HIBGLAM