BERGURAU seakan-akan melakukan ‘body shaming’ terhadap pelakon Ji Ye-eun dalam program Running Man, penyanyi Kim Jong-kook berdepan kecaman bertalu-talu selain disifatkan ‘terpaling’ sihat.
Menerusi program terbabit, Ye-eun nampak tersinggung apabila pelantun lagu Loveable itu menyifatkannya semakin berisi dan gemuk ketika sedang menjamah roti.
Wajah awak sekarang ini nampak kelihatan sedikit berisi,” katanya.
Melihat insiden ini berlaku, rata-rata peminat aktres berusia 30 tahun itu tidak berdiam lama sebaliknya mengutuk mulut lancang Jong-kook.
Tergamak Jong-kook cakap begitu. Kalau nak bergurau biarlah kena pada tempatnya. Sangat tidak sensitif,” komen netizen
“Awak seorang sahaja yang terpaling langsing dan sihat di Korea Selatan sampai senang mahu ‘body shaming’ orang lain. Patutlah tiada perempuan dekat, mulut jahat,” kata seorang lagi netizen.