SEMPENA ulang tahun kelahiran, anggota kumpulan Seventeen, S.Coups bermurah hati untuk menderma sebanyak RM100,000 kepada sebuah organisasi penyelamat haiwan.
Perkara tersebut didedahkan kumpulan penyelamat haiwan, WeAct yang memberitahu idola berusia 29 tahun itu menghubungi mereka untuk memberi sumbangan bagi menyokong usaha menutup ladang penternakan haiwan secara haram di Hwaseong.
Menariknya, S.Coups sekali lagi memberi sumbangan sempena hari lahirnya dan mendedikasikan derma tersebut atas nama peminat Seventeen iaitu Carat.
“S.Coups mula bekerjasama dengan WeAct pada September 2022, dia banyak membantu dan menyumbang duit untuk misi menyelamatkan anjing yang menderita di ladang pembiakan Hwaseong.
“Sumbangan itu juga akan digunakan untuk menampung perbelanjaan perubatan haiwan yang diserang penyakit serta operasi menyelamat haiwan yang didera,” katanya. – HIBGLAM