RAKAN baik kepada Bella Astillah, Puteri Sarah meninggalkan komen berbaur sindiran dalam hantaran terbaharu pelakon itu seakan ditujukan buat Ruhainies.
Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dengan bersahaja menulis ‘awak pandai nangis tak’ di ruangan komen Instagram Bella.
Setakat artikel ini ditulis, komen tersebut mendapat hampir 3,000 tanda suka (likes) daripada pengguna media sosial selain komen mencuit hati mereka.
“Ada orang pandai nangis depan (program) Melodi sahaja.
“Kelakarlah, dah sah sah memang pelakon tapi cakap tak pandai nangis. Aduhai, nak ‘coverline’ pun,” demikian antara usikan netizen dalam Instagram.
Hari ini, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan hakim atas pertuduhan khalwat yang berlaku di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Menerusi temu bual bersama media, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, mengakui tidak pandai berlakon sekali gus enggan menitiskan air mata depan kamera semata-mata hendak menunjuk-nunjuk.
“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian semua.
“Saya bersyukur sebab kalian sudi datang pada awal pagi untuk mengikuti prosiding hari ini,” katanya. – HIBGLAM