302
Terbabit dalam penyalahgunaan dadah, penyanyi rap, SiK-K dilaporkan secara sukarela menyerahkan diri ke balai polis.
Tindakan berani jejaka berusia 30 tahun itu mengejutkan khalayak yang tidak menjangka penyanyi berkenaan akan berbuat demikian.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pendedahan mengenai perkara itu kerana kes masih dalam siasatan polis.
Laporan itu turut menyebut Sik-K menyerahkan diri dalam keadaan khayal dan ujian siasatan mendapati penyanyi terbabit positif ganja.
Wakil pengurusan Sik-K bagaimanapun mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan bahawa maklumat yang didedahkan itu adalah salah dan tidak berasas. – HIBGLAM