355
BAGI memperingati ulang tahun ke-10 sejak debut, kumpulan Red Velvet bakal melancarkan sebuah album penuh tahun ini.
Pengumuman tersebut dibuat ketiga-tiga ahlinya iaitu Seulgi, Irene dan Wendy kepada media Filipina baru-baru ini.
Menurut Irene, album kali ini lebih bermakna kerana menonjolkan sisi berbeza Red Velvet kepada peminat.
Dalam masa sama, Seulgi turut memaklumkan ingin menghabiskan masa tahun ini dengan lebih santai dan menikmati perjalanan kariernya untuk bertahan lebih lama dalam industri.