Peluk Amelia, tangan Jebat tolak Noor Nabila

SEBUAH siaran langsung TikTok baru-baru ini memaparkan gelagat comel anak lelaki Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden.

Menerusi video tersebut, Jebat dilihat sangat menyayangi kekasih hati bapanya, Amelia Christie sehingga ada yang menganggapnya sedang bercinta dengan aktres tersebut.

Namun, momen paling lucu ialah ketika Nabila cuba menyelit ketika siaran langsung tersebut, namun tangan Jebat pantas menolak kepala ibunya.

Gelagat lucu tersebut sekali gus memberi bayangan Amelia berjaya menambat hati Jebat sekiranya ditakdirkan menjadi isteri Sharnaaz satu hari nanti.

Kebanyakan netizen juga turut tersentuh melihat gelagat spontan si cilik itu malah mendoakan agar hubungan baik mereka kekal.

“Luculah Jebat! Dia memang sayang sangat dengan Amelia, sampai sanggup tolak ibu sendiri.

“Pandai Amelia ambil hati Jebat. Sekarang siapa yang bercinta dengan Amelia, Jebat atau Sharnaaz? Sakit perut gelak,” kata netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok