422
“Hi Malaysia! Tidak sabar untuk bertemu dengan anda semua pada 13 September nanti di Sogo, Kuala Lumpur.”
Demikian perkongsian pelakon dan sosialit terkenal, Paris Hilton yang bakal berkunjung ke Malaysia bagi melancarkan minyak wangi terbaharunya, Paris Hilton Fragrances iaitu Ruby Rush.
Menerusi perkongsian dalam Instagram miliknya, Hilton, 42 yang pernah membintangi filem House of Wax akan berada di pusat beli-belah Sogo pada pukul 4 petang.
Sekadar info, sebelum berkunjung ke Malaysia, cucu kepada pemilik rangkaian hotel terkemuka, Hilton itu akan berada di Bangkok, Thailand pada 11 September untuk mempromosikan jenama minyak wanginya. – HIBGLAM