343
PELAKON jelita Song Hye-kyo membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kemalangan yang berlaku semasa pembinaan rumah baharunya.
Pihak pengurusan Song Hye-kyo, UAA, mengeluarkan satu kenyataan mengesahkan kejadian malang berkenaan dan menzahirkan rasa kesal atas ketidakcekapan pengurusan keselamatan.
“Dalam proses membina rumah Song Hye Kyo, berlaku kemalangan yang mengakibatkan kereta penduduk rosak. Kami mohon maaf atas kecuaian tersebut,” kata agensi itu.
Song Hye-kyo juga tidak ketinggalan memohon maaf secara peribadi kepada pemilik kenderaan yang terjejas dan bertanggungjawab atas apa yang berlaku selain berusaha untuk mengelakkan kejadian sedemikian berulang lagi pada masa hadapan.