289
PENYANYI Jungkook sememangnya terkenal sebagai raja sold out!
Terkini, anggota kumpulan BTS itu meminjamkan aura ‘pelaris’ yang membuatkan minuman ‘sparkling’ keluaran terbaharu sebuah syarikat jadi kegilaan peminat.
Impak tersebut tercetus ketika Jungkook bersenam dalam siaran langsung menerusi media sosialnya sambil meneguk minuman jenama berkenaan.
Usai siaran langsung, pengikut tegarnya berebut membeli minuman berkenaan sehingga habis di pasaran dan jualannya meningkat 100 kali ganda.