JIKA mahu menelusuri kehidupan golongan pempengaruh media sosial, drama Celebrity adalah jawapan terbaik.
Mengisahkan Seo Ah-ri lakonan Park Gyu-young yang pada awalnya menolak kehidupan glamor akhirnya terpaksa ‘mencemarkan’ dirinya demi kelangsungan hidup keluarganya.
Dalam tempoh kehidupan glamornya sebagai pempengaruh media sosial, Ah-ri meraih pelbagai kemewahan dan perhatian ramai termasuk fesyennya menjadi ikutan ramai.
Celebrity menjadi lebih dramatik apabila satu demi satu sisi hitam kehidupan pempengaruh yang sebelum ini menjadi rahsia akhirnya dipaparkan kepada umum seperti berhutang dan menipu demi mencapai hidup mewah.
Selain itu, Celebrity turut mengetengahkan isu buli siber dilakukan individu tidak dikenali yang terlalu banyak berlaku hari ini.
Sehingga hari ini, Celebrity yang mendapat pujian ramai itu meroket di tangga 10 teratas drama popular dalam Netflix sejak ditayangkan 30 Jun lalu.