Aniq enggan dicop pelakon kayu

DIKRITIK tidak sesuai tampil sebagai hero kerana berwajah jambu dan dilabel pelakon kayu antara hal pahit yang harus ditelan bintang muda, Aniq Suhair.

Meski sudah punya pengikut fanatik menerusi beberapa karya di layar kaca, dia terpaksa bergelut dengan kecaman demi kecaman yang dilontarkan pencinta drama tempatan.

Jejaka berusia 23 tahun itu bagaimanapun enggan tunduk dengan emosi merantai hati sebaliknya melihat setiap kritikan pedas itu secara positif sekali gus menjadi pemangkin semangat untuk terus berjuang.

“Jujurnya, saya ada tengok komen netizen, ada yang positif ada yang negatif.

Bukan sahaja dilabel pelakon kayu, malah ada yang kata saya tak layak membawa watak hero kerana muka saya terlalu ‘lembut’ dan jambu,” kata Aniq.

ANIQ yakin dirinya akan diterima selepas ini dan tiada lagi yang akan meragaui kemampuan dirinya sebagai pelakon.

 

Tidak senada dengan kecaman tersebut, Aniq berpendapat kemahiran lakonan adalah tunjang utama yang perlu dipersiapkan seseorang pelakon, selain rupa serta fizikal kurniaan Ilahi.

Pada saya, cara dan kemahiran lakonan seseorang pelakon membawa watak hero sebenarnya lebih penting berbanding tuntutan maskulin seperti jadi ‘sado’, suara garau atau berjambang.

“Namun saya sedar, netizen ada hak bersuara. Justeru, saya akan ambil mana yang positif dan ketepikan komen negatif yang mematahkan semangat.

Menelan hakikat tidak mampu memuaskan hati semua orang, pelakon utama drama Journal Saraheyo itu sedaya upaya memperbaiki dan meningkatkan mutu lakonan dengan harapan, gelaran berkonotasi negatif ‘pelakon kayu’ menjauh daripadanya.

Apa yang boleh saya buat, saya akan cuba sedaya upaya memperbaiki diri dan menambah baik kemahiran lakonan saya supaya tidak kaku.

“Saya yakin selepas ini mereka (netizen) tidak akan meragui lagi kebolehan dan bakat saya sebagai seorang pelakon berkualiti,” jelasnya.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://www.kosmo.com.my.

.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok