Rose dengan The Black Label?

BARU-BARU ini muncul desas-desus mengatakan anggota kumpulan Blackpink, Rose menandatangani perjanjian dengan The Black Label.

Bagaimanapun, syarikat rakaman yang disertai Jeon Somi, Taeyang, Zion.T dan Park Bo-gum mendakwa mereka masih memperhalusi hal kontrak bersama pemilik nama sebenar Roseanne Park itu.

Kami masih berbincang dengan Rose berkaitan kontrak eksklusif,” kata wakil syarikat rakaman.

Selain Rose, tiga ahli Blackpink lain sudah ada label untuk promosi kerjaya mereka secara individu di mana Jennie menubuhkan Odd Atelier, Lisa Lloud, manakala Jisoo menubuhkan Blisoo. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok