Syafiq Kyle makin lucu

UMUM tahu, Syafiq Kyle baru sahaja melalui episod duka dalam hidupnya apabila majlis perkahwinan dibatalkan pada saat akhir.

Perkara tersebut sangat berat untuk dihadapi oleh mana-mana individu, begitu juga Syafiq mahupun bekas kekasihnya, Mimi Lana.

Namun, ketika semua sudah mula melupakan episod hitam tersebut, Syafiq yang sebelum ini jarang muncul dalam media sosial melakukan hal sebaliknya.

Dia semakin kerap muncul dalam siaran langsung TikTok dan video-video rawak yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Bagi peminatnya, perkara itu bukan satu perkara biasa buat Syafiq malah ada berpendapat pelakon tersebut semakin kelakar sejak kembali solo.

Paling ketara ramai terhibur dengan video ‘healing’ yang dimuat naik Syafiq dalam TikTok baru-baru ini.

“Ada orang lepas putus cinta murung tetapi dia makin kelakar pula.

“Memang sah dia sudah ‘single’ sebab perangai kembali aneh. Luculah kau bang.

“Biarlah dia nak perangai aneh pun, asalkan bahagia dan semoga bisnes brownies berjaya ya,” komen netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok