[VIDEO] Eh! Tolonglah, saya tak kebulur tiket percuma – Che Ta

“AMBOI! Siapa yang mulut jahat kata saya pergi konsert Aina Abddul sebab dapat tiket percuma?”

Demikian reaksi pelakon Rozita Che Wan apabila didakwa menonton konsert A Night With Aina Abdul 3.0 pada Sabtu lalu secara percuma.

Tegas Rozita atau lebih dikenali sebagia Che Ta, sebagai penggiat seni dia sentiasa menyokong kerjaya rakan artis malah bertindak memebli tiket untuk menonton persembahan Aina kerana meminat suara dan kebolehan pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) itu.

“Eh tolonglah, saya sentiasa sokong artis tempatan.

“Kalau kalian perasan saya tak pergi konsert artis antarbangsa. Saya sokong Anuar Zain, Ziana Zain, Aina Abdul dan artis lain yang saya minat.

“Tapi pembetulan ya, saya tidaklah kebulur tiket percuma, tidak sama sekali,” kata Che Ta menerusi sebuah video dalam TikTok.

Dalam perkongsian sama, Che Ta berkata usai sahaja konsert yang berlangsung pada 18 November lalu itu, dia kemudian bergegas ke Terengganu untuk penggambaran.

“Saya ini sanggup lepas habis shooting 17 November terus balik Kuala Lumpur, enam jam duduk dalam kereta, kembang punggung.

“Habis sahaja konsert, malam itu juga terus gerak ke Terengganu suntuk sambung penggambaran keesokan harinya,” ujarnya.

Sementara itu, Ziana turut dilihat meninggalkan komen mengatakan dia juga membeli tiket konsert Aina sebagai tanda sokongan kepada penyanyi berbakat besar itu.

“Betul cakap Che Ta, kita pun beli tiket tau, sokong antara satu sama lain. Tak baik kata kita dapat tiket percuma,” ulas pelantun Putus Terpaksa itu.

Kedua-dua selebriti senior itu mengulas mengenai tiket konsert terbabit selepas dituduh muncul di Axiata Arena pada 18 November lalu kerana mendapat pas percuma.

Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang dihadiri 10,000 penonton meraih pujian ramai. – HIBGLAM

@rozitachewan1

Tak baik mengata kiter eeeeee .. tgk video ni sampai habih ! . #cheta #rcw #rozitachewan #fyp #cuitcuitcheta #byrcw #inaicheta

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok