‘Nak nampak gebu, takkan saya tidak boleh guna’

ozita atau selesa disapa Che Ta, 53, berkata, penggunaan filter bukan sesuatu yang perlu dijadikan bahan kritikan memandangkan teknologi berkenaan sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan pengguna media sosial.

Malah ibu kepada tiga cahaya mata itu turut mengaplikasikan kesan teknik tersebut ketika ke pasar malam yang tular baru-baru ini.

Rutin ke pasar malam

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila kita letak efek filter, sudah tentu hasilnya turut memberi kesan kepada wajah orang lain. Pada saya, tidak mengapa, kita cantik berjemaah.

“Saya pun guna filter untuk suka-suka sahaja sebab nak nampak gebu. Orang lain guna filter boleh, takkan saya tidak boleh?” katanya.

Mengenai rutin ke pasar malam, Che Ta berkata, dia tidak kisah membeli barang dapur di mana-mana lokasi asalkan dapat bahan mentah yang segar.

“Saya lebih selesa membeli sendiri barang dapur terutama bahan mentah kerana mahu memastikan setiap barangan benar-benar menepati cita rasanya.

“Tak puas kalau orang lain beli sebab kalau beli sendiri boleh pilih benda kita mahu. Pasar malam yang saya pergi itu ibarat Chow Kit kerana banyak pilihan yang jarang ditemui di pasar biasa terutama aneka ulam. Peniaga pun dah tahu.

“Barangan runcit kering pula suami yang beli. Kiranya masing-masing saling sudah tahu barangan yang nak dibawa pulang,” ungkapnya.

Sebelum ini tular video dikongsikan. pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu mengunjungi pasar malam untuk membeli barangan basah.

Rakaman tersebut mencuri perhatian netizen apabila penggunaan filter turut mengubah penampilan individu lain yang muncul dalam video berkenaan.

Lucunya, netizen juga mengusik semua yang berada berhampiran aktres jelita terbabit serta-merta bagai terkena tempias kejelitaan Che Ta.
Tidak kurang juga yang memujinya apabila tetap setia ‘meredah’ pasar malam serta tidak kekok beramah mesra dengan peniaga walaupun tampil glamor.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok