Saya dan Chubb-E hanya kawan – Rita Nadira

ENGGAN peminat salah sangka, Rita Nadira, 26, tampil menafikan desas-desus kononnya menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi, Chubb-E.
Memetik laporan Utusan Malaysia, wanita jelita yang turut aktif di pentas peragaan itu menegaskan hubungannya dengan penyanyi terbabit tidak lebih daripada seorang kawan, bukan pasangan kekasih seperti yang disangka banyak pihak.

Bahkan menurut Rita, dia sendiri tidak menyangka boleh berkawan baik dengan Chubb-E.

“Kami individu introvert yang jarang keluar rumah. Tapi dia lebih introvert sebab lebih selalu di rumah.

“Kami tak ada hubungan istimewa. Sama ada dia ada perasaan terhadap saya atau tidak, saya tak tahu. Itu kena tanya dia,” katanya sewaktu menjayakan sesi fotografi di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Mengulas lanjut perihal hati, Rita berkata tumpuannya ketika ini bukan mencari pasangan hidup sebaliknya mahu mengukuhkan karier demi membantu keluarga tercinta.

“Bila orang tanya pasal teman istimewa, jawab saya, kalau ada, adalah.

“Fokus utama saya buat masa ini bukan bercinta. Saya nak kerja, kumpul duit dan beli rumah untuk orang tua saya,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok