Dikerumun sebaik keluar dari sebuah kedai untuk menaiki kereta, rambut ahli kumpulan BTS, Taehyung hampir direntap peminat fanatik yang bagai histeria melihat penyanyi itu secara bersemuka.
Meskipun pengawal keselamatan melakukan yang terbaik untuk mengawal keadaan, insiden yang berisiko membawa kecederaan itu tidak dapat dielakkan memandangkan jumlah peminat terlalu ramai.
Isu tersebut tular dalam media sosial bahkan menjadi topik utama dalam berita rasmi di Korea Selatan yang menekankan kebimbangan mengenai keselamatan idola K-Pop ketika berada di luar.
Rata-rata netizen juga berpendapat bahawa setiap idola K-Pop perlu menggunakan khidmat sekurang-kurangkan 10 pengawal peribadi supaya dapat mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.
“Peminat terlalu fanatik boleh mencederakan artis kesayangan mereka dek terlalu obses, jadi semua idola kena ada ramai pengawal keselamatan, mungkin dalam 10 orang,” komen netizen.