Kerjasama dengan BTS, CookieRun ‘duniakan’ kulinari Malaysia

DUA jenis hidangan kegemaran tempatan Malaysia yang paling ikonik iaitu teh tarik dan onde-onde  kini menjadi tumpuan utama dalam dunia permainan antarabangsa apabila dipilih sebagai sebagai item kosmetik dalam permainan yang dilokalkan secara eksklusif untuk harta intelek permainan Korea popular peringkat global iaitu CookieRun: OvenSmash.

Dibangunkan oleh studio permainan Korea terkemuka Devsisters, francais CookieRun telah memikat pemain di seluruh dunia sejak penampilan sulungnya pada tahun 2009, hasil daripada watak-watak biskutnya yang comel dan menawan. 

Francais tersebut kini telah mengumpul lebih 300 juta pengguna di seluruh dunia, serta bekerjasama dengan nama-nama antarabangsa besar termasuk kumpulan K-pop terkenal BTS, filem muzikal popular Wicked, dan fenomena global tahun lalu K-pop Demon Hunters — yang terus mengukuhkan statusnya sebagai harta intelek berpengaruh di peringkat dunia.

Edisi terkini dalam siri ini, CookieRun: OvenSmash adalah merupakan permainan aksi pantas berbilang pemain dalam masa nyata, yang mencetuskan fenomena dunia sejurus pelancaran globalnya pada Mac 2026 dengan melepasi satu juta muat turun dalam hanya tiga hari, dan pantas mendaki carta muat turun di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Meneruskan kejayaan pelancaran antarabangsanya, permainan ini secara rasmi melebarkan sayap ke Asia Tenggara, Taiwan, Hong Kong dan Macau pada 23 April, dengan muat turun percuma kini tersedia. 

Bagi meraikan pelancaran serantau ini, pihak pembangun memperkenalkan item kosmetik yang dilokalkan secara eksklusif untuk setiap pasaran, dengan teh tarik dan onde-onde dari Malaysia dan Singapura menjadi antara tarikan utama, sekali gus mengujakan pemain tempatan.

Pasukan pembangun jelas memperincikan elemen tempatan dalam kedua-dua rekaan ini. 

Fitur kosmetik teh tarik menampilkan gaya pembungkusan ikonik ikat tepi yang sinonim dengan rakyat Malaysia, lengkap dengan tali pengikat berwarna yang menggambarkan rupa minuman jalanan kegemaran ini secara autentik. 

Sementara itu, kosmetik onde-onde diinspirasikan daripada salutan daun pandan serta inti gula melaka, yang diolah semula secara kreatif sebagai aksesori comel dalam permainan, membawa pesona Asia Tenggara ke medan pertempuran.

Sejak pra-pendaftaran serantau dibuka pada Mac lalu, CookieRun: OvenSmash telah melepasi satu juta pendaftaran di seluruh Asia Tenggara, Taiwan, Hong Kong dan Macau. 

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan luar biasa para pemain, pihak pembangun mengumumkan bahawa item kosmetik bertemakan teh tarik akan diberikan secara percuma dalam permainan, membolehkan semua pemain menikmati elemen citarasa tempatan ini tanpa sebarang kos.

Dengan elemen citarasa tempatan kini digabungkan dalam salah satu francais permainan paling popular di dunia, CookieRun: OvenSmash menawarkan sesuatu yang benar-benar istimewa buat pemain tempatan. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok