Hanis Zalikha sokong keputusan Hairul Azreen bersara

PENGUMUMAN Hairul Azreen meninggalkan dunia lakonan pada Isnin lalu mengandang pelbagai reaksi peminat filem.

Selepas 15 tahun mencanai bakat, akhirnya pelakon Malbatt: Misi Bakara itu meletakkan noktah pada karier seni untuk memberi fokus kepada bisnes.

Insan di belakang yang menyokong keputusan itu tentu sahaja isteri tercinta, Hanis Zalikha apabila turut berkongsi kata-kata semangat dalam Instagram.

Akui ibu kepada dua cahaya mata itu, dia akan sentiasa ada di sisi Hairul dan sangat bangga dengan pencapaian suaminya.

Memang pasangan ideal itu tak pernah tak manis. Nanti kita tunggu Hairul nak buka perniagaan apa lagi selepas ini. Moga terus sukses.

Mizz Lahar: Panas betul kes Abang Tesla, dia yang poligami, habis semua orang pakat melatah buat konten!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok