Elica Paujin juara ‘tak didendang’?

SEDANG Diva belek-belek Instagram, tiba-tiba muncul ‘posting’ penyanyi Elica Paujin. Baru Diva teringat tentang bekas juara program Big Stage musim keempat (BS4) itu. Ke manalah dia menghilang?

Diva tak nafikan rezeki setiap selebriti itu berbeza-beza. Ada yang berjaya dan ada juga yang kecundang.

Contohnya seperti Elica sendiri. Walaupun bergelar juara, namun namanya tidak menyerlah seperti rakan seangkatannya yang lain umpamanya Aisha Retno yang lebih banyak menonjol daripada segi persembahan berskala besar.

Dengar kata Elica sekarang ‘cari makan’ di negeri kelahirannya, Sabah. Rasa sayang jugalah kalau bakat besarnya itu tidak diketengahkan betul-betul.

Biarpun Elica ada keluarkan single bersama duo, Dem Lepak Boyz yang juga peserta program Big Stage musim kelima (BS5), tapi lagunya itu tidak pula diuar-uarkan.

Mungkin Elica ada sebabnya tersendiri mengapa dia memilih untuk berkarya di negeri sendiri. Nantilah, kalau berkesempatan, Diva akan bertanyakan sendiri pada Elica.

DIVA: Mohon buat pengurus-pengurus artis supaya jadi cergas sedikit, jangan lembab macam orang tak tahu buat kerja!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok