Penantian ‘jahat’ 16 tahun Zizan Razak berbaloi

Lebih 16 tahun bergelar pelakon, Zizan Razak berjaya mengikat hati peminat untuk sama-sama ketawa menerusi watak komedi yang sudah sebati dengan dirinya.

Bagaimanapun, jejaka berusia 39 tahun itu belum puas. Akuinya, masih banyak lagi yang mahu digali sebagai pelakon agar tampil lebih versatil.

Berbicara lanjut perihal keinginan, pemilik nama sebenar Mohd. Razizan Razak mengakui sudah lama dia mendambakan watak antagonis namun tiada sutradara berani meneroka kebolehannya menjiwai karakter itu.

Susah nak cakap, mungkin pengarah nampak saya sebagai pelawak dan tidak berani mempertaruhkan bakat lakonan saya.

“Tidak boleh juga salahkan mereka semata-mata sebab kerja mereka mengarah. Namun, pengarah yang bagus mampu membentuk pelakon menjadi seperti yang mereka mahukan waima seekor ayam sekali pun,” katanya kepada HibGlam.

Sambung hero filem Abang Long Fadil dan Polis Evo itu, penantian panjangnya berbaloi apabila akhirnya dilamar menjayakan watak idaman menerusi filem Merewang Keluarga Pak Awang arahan Adlin Aman Ramlie.

“Sepanjang tempoh 16 tahun berada dalam industri, memang saya ternanti-nantikan watak antagonis tetapi tiada.

“Jadi, apabila ditawarkan watak jahat dalam filem Merewang Keluarga Pak Awang, saya sangat seronok walaupun masih bergenre komedi,” jelasnya.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari www.kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok