Peminat berkhemah tunggu Jungkook

Anggota kumpulan BTS, Jungkook menjadi tumpuan dalam siri Konsert Musim Panas Good Morning America (GMA) pada hari pelancaran single digital solo pertamanya berjudul Seven.

Selain Jungkook, konsert yang berlangsung semalam di Central Park itu turut membariskan nama hebat lain seperti Fitz and the Tantrums, Carly Rae Jepsen, Fat Joe, Remy Ma, Busta Rhymes, Hozier, Tim McGraw dan ramai lagi.

Menurut satu laporan, ramai peminat fanatik Jungkook beratur di hadapan Central Park untuk menyaksikan idola mereka itu beraksi dalam acara berkenaan.

Bahkan lebih mengejutkan, ada peminat memacak khemah dan berkampung di Central Park empat hari sebelum konsert berlangsung semata-mata mahu melihat wajah artis kesayangan mereka itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok