Lee Min-ho terima ‘sebilik’ hadiah

TERUJA. Itulah gambaran tepat buat pelakon Lee Min-ho yang terkejut apabila biliknya dipenuhi hadiah daripada peminat.
Min-ho yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-36 memuat naik video dalam Instagramnya menunjukkan reaksi menerima penghargaan istimewa tersebut.
“Terima kasih kepada semua, hari biasa saya menjadi hari paling istimewa dalam hidup saya,” katanya ringkas.
Bilik yang dipenuhi hadiah, belon dan jambangan bunga sempena menyambut hari jadi adalah bukti sokongan tidak henti-henti peminat terhadap pelakon kacak itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok