Semakin menjadi-jadi!
Itu yang dapat digambarkan mengenai gelagat Norlia Ghani atau lebih mesra membahasakan dirinya mama dalam beberapa video miliknya sejak kebelakangan ini.
Bukanlah konten tidak senonoh sebaliknya hanya video Norlia menyanyikan pelbagai jenis lagu dan menari.
Pelakon veteran itu juga dilihat banyak menerima tawaran mempromosikan pelbagai produk selepas kontennya meledak dalam platform TikTok.
Kebanyakan netizen terhibur selain mendoakannya diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus menghiburkan peminatnya.
“Makin lucu dan comel Mama Norlia Ghani, tak sangka dia boleh lakukan pelbagai konten seperti orang muda.
“Lepas videonya menari mencecah jutaan tontonan, makin menjadi-jadi pula sekarang tapi tidak mengapa, kami terhibur!” ujar netizen. – HIBGLAM
