Salah bawa pasport anak, Chris Hemsworth tanggung malu

MENGAKUI cuai, pelakon Chris Hemsworth mendedahkan berdepan pengalaman memalukan apabila tidak dibenarkan menaiki pesawat gara-gara tersalah membawa pasport anak.

Bintang filem Thor itu berkata dia secara tidak sengaja membawa pasport anak perempuannya, India Rose, 16, sedangkan ketika itu hanya isteri serta anak lelakinya, Tristan, 14, disampingnya.

“Saya pernah tiba di lapangan terbang dan mendapati membawa pasport anak perempuan saya, bukannya pasport Tristan.

Saya sempat meyakinkan pegawai keselamatan bahawa pasport tersebut milik anak lelaki saya kerana sekali pandang gambar pada pasport itu sama,” katanya ketika diwawancara dalam sebuah program.

Isterinya, Elsa Pataky yang turut berada dalam sesi temu bual itu  pantas menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan wajah India Rose dan Tristan tidak seiras.

Walaupun terpaksa akur dengan menaiki penerbangan seterusnya, Hemsworth menyifatkan situasi tersebut sebagai melucukan.

Selain India dan Tristan, pasangan romantis itu mempunyai seorang lagi anak perempuan, Shasha iaitu kembar kepada Tristan.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok