SAYA tak tahu ke mana hilangnya sinar dalam diri saya.”
Demikian luahan pempengaruh Kasih Iris Leona meluahkan rasa asing dengan perubahan diri serta perjalanan kehidupan yang dialaminya ketika ini.
Leona, 24, menyedari dirinya kini semakin jarang aktif dan memuat naik kandungan dalam media sosial seperti sebelum ini.
Saya dah tak kelakar macam dulu dan tak lagi memuat naik sebarang hantaran dalam media sosial.
“Saya ibarat kelibat yang tidak kelihatan di sini,” katanya dalam TikTok.
Dalam masa sama, anak kepala pelakon Azhar Sulaiman itu beranggapan perubahan tersebut kemungkinan berlaku berikutan faktor usia yang semakin matang.
“Saya tidak tahu siapa diri saya yang sebenarnya atau mungkin saya cuma sudah semakin dewasa,” ujarnya.
Sebelum ini, Leona sering mencuri tumpuan menerusi perkongsian harian berunsur humor, celoteh bersahaja serta gaya hidupnya yang sentiasa mencuit hati para pengikut dan peminatnya. – HIBGLAM
