BARU-BARU ini Diva sempat menonton satu video tular TikTok milik Thalita yang memaparkan dia memakai produk penjagaan kulit dan bersolek.
Leka betul Diva tengok video tersebut sehingga terlupa dia baru berusia 13 tahun.
Dalam ruangan komen, ada yang memuji kesungguhan Thalita menjaga kulit wajah tetapi pastinya tidak terlepas dengan kecaman netizen.
Kata beberapa individu, kehidupan yang dijalani Thalita tidak seperti yang sepatutnya dilalui remaja berusia 13 tahun. Mungkin bagi mereka, Thalita dewasa sebelum usianya.
Tampil bersuara, dia membidas komen tersebut dengan memberitahu rutin penjagaan wajah dan bersolek adalah kerana akan membuat persembahan di pentas.
Saya bersolek begitu sebab menyanyi dan duduk di atas pentas perlulah bersolek tebal supaya kalian boleh nampak,” balasnya.
Tidak terhenti di situ, dia juga membalas komen netizen yang mendakwa guru sekolah pasti meluat konten media sosialnya.
“Kenapa meluat? Untuk pengetahuan kalian, saya sekolah agama.
“Jadi, jangan ingat yang tidak bertudung ini semua jahat. Kadang-kadang yang pakai tudung pun jahat,” jelasnya.
Fuh! Pedas dan padu setiap komen balas Thalita. Mungkin sudah terlalu geram sebab sering terima komen sebegitu, sabarlah ya Thalita.
DIVA: Bila agaknya dapat melihat foto perkahwinan Taylor Swift dan suaminya?
