‘Saya tak mahu dia tukar agama sekadar atas kertas…’

PELAKON dan penyanyi, Daiyan Trisha mengakui pernah bercinta dengan lelaki bukan muslim namun hubungan mereka berakhir disebabkan perbezaan agama.

Menurut Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 33, sangat penting bagi bakal pasangan hidupnya memeluk agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengannya.

“Saya pernah bercinta dengan lelaki bukan muslim tahun lalu. Saya menjalin hubungan bukan untuk berseronok tetapi untuk berkahwin. Kami pernah bercakap soal agama.

“Pada mulanya dia seperti tidak kisah. Tapi lama kelamaan mula jadi isu. Jadi saya sedar perkara ini sesuatu yang tidak boleh dinegosiasi.

Saya tidak mahu dia menukar agama hanya sekadar di atas kertas. Dia perlu menjalani kehidupan sebagai seorang muslim kerana dia bukan sahaja berkahwin dengan saya, tetapi keluarga dan budaya saya.

“Lelaki boleh menukar agama untuk berkahwin. Tetapi bukan sekadar di atas kertas. Itu tidak cukup untuk saya,” katanya dalam sebuah siri audio siar.

Tambah pelakon drama bersiri Anom Suraya itu lagi, hubungannya dengan lelaki tersebut mengajarnya tentang satu perkara, iaitu bukan hanya sekadar berkata ya untuk menukar agama, tetapi sesuatu yang lebih mendalam.

Menukar agama bukan sekadar menukar agama. Tetapi anda perlu memahami, percaya dan praktik. Anda akan menjadi ketua keluarga dan membimbing keluarga,” jelasnya.

Sementara itu menjengah ruangan komen, netizen memberikan pendapat yang berbeza-beza.

Ada yang memuji tindakan Daiyan mengakhiri hubungannya dengan lelaki tersebut namun tidak kurang mengkritik pilihannya untuk menjalin dengan lelaki berbeza agama. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok