Ziarah kubur anak, ramai doakan Marissa kuat

MENZIARAHI pusara anak, perkongsian pempengaruh Marissa Dania di laman sosial menyentuh hati netizen.

Biarpun tanpa sebarang kapsyen, hantaran yang menunjukkan Marissa berada di hadapan sebuah kubur kecil menjentik perasaan sayu ramai.

Membayangkan rasa kehilangan seorang ibu, sekeping foto dikongsikan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu turut memberi bayangan mengenai kerinduan terhadap permata hatinya.

Menerusi komen, ramai pengikut mendoakan agar wanita berusia 20 tahun itu kental berhadapan ujian kehidupan.

“Bermakna Allah nak bagi sesuatu yang lebih indah buat Marissa. Terus kuat ye,” tulis netizen.

Sebelum ini Marissa yang berstatus isteri kedua kepada pempengaruh Ahmad Aslam kehilangan bayi ketika kandungannya mencecah enam bulan.

Dia yang mengalami sakit perut kronik dikejarkan ke hospital sebelum bayinya disahkan meninggal dunia. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok