KEPERITAN hidup yang terus dialami rakyat Palestin khususnya anak-anak yatim di Gaza mendapat perhatian pelbagai pihak menerusi penganjuran Majlis Makan Malam Amal Anak-Anak Yatim Gaza yang berlangsung penuh emosi dan solidariti baru-baru ini.
Majlis berkenaan menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk aktivis kemanusiaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta sahabat Palestin yang terus komited memperjuangkan nasib rakyat di bumi Gaza. Program itu dianjurkan bagi mengumpul dana selain menyuntik kesedaran masyarakat terhadap penderitaan yang masih berlarutan akibat kekejaman rejim zionis.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang turut hadir memberikan ucapan berkata, umat Islam perlu terus memperkukuhkan semangat serta usaha dalam membantu perjuangan rakyat Palestin demi mempertahankan bumi Al-Aqsa.
Semoga Allah menguatkan kemahiran kita dan semoga kita sentiasa diberi keinginan. Kita mesti ada suatu hari di Al-Aqsa,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
Beliau turut mendoakan agar rakyat Palestin terus diberikan kekuatan dalam menghadapi penderitaan yang berpanjangan selain menyeru masyarakat agar tidak pernah berhenti menyuarakan solidariti terhadap Palestin.
“Semoga Allah menguatkan kemahiran kita, mengurutkan keinginan kita dan memberikan kejayaan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Dari laut ke laut, Palestin,” ujarnya.
Dalam pada itu, majlis berkenaan turut menyentuh hati para hadirin apabila mereka berpeluang bertemu sahabat-sahabat Palestin yang mengabdikan kehidupan mereka demi perjuangan mempertahankan bumi para Anbiya’.
Kehadiran mereka menjadi simbol kekuatan dan harapan buat anak-anak yatim Gaza yang terus menanti bantuan, sokongan dan kasih sayang daripada masyarakat dunia. – HIBGLAM
