Pempengaruh Aqil Zulkiflee pertahan jenama, netizen beri reaksi pelbagai

USAHAWAN dan pencipta kandungan, Aqil Zulkiflee menyorot perhatian ramai selepas memuat naik beberapa hantaran di Threads yang mempertahankan sebuah jenama suplemen kanak-kanak.

Dalam siri hantaran tersebut, Aqil berkongsi pandangannya mengenai kepentingan pengguna mengenali latar belakang sesebuah jenama, selain mendakwa pernah membantu seorang individu yang kini menjalankan perniagaan produk seumpama itu.

Menurut Aqil, pengguna bukan sahaja perlu melihat kandungan sesuatu produk, malah perlu mengambil kira kredibiliti individu di sebalik sesebuah jenama.

Kalau nak makan apa-apa suplemen, benda pertama kena periksa adalah bahan (digunakan). Kedua, kena periksa  siapa pemilik (founder), kene periksa juga berapa lama dalam pasaran,” tulisnya.

Dia yang memiliki hampir 2 juta pengikut Instagram (IG)  turut mendakwa individu berkenaan yang tidak didedahkan namanya pernah menerima pelbagai bentuk bantuan daripadanya sebelum memilih untuk membina perniagaan sendiri.

Antara muat naik status yang dikongsikan Aqil menerusi platform Threads.

Selain berkongsi pengalaman tersebut, Aqil menegaskan bahawa jenama seperti  MommyHana antara produk yang telah lama berada di pasaran dan mempunyai rekod yang kukuh.

Menurutnya, produk tersebut sudah berada di pasaran selama lebih 10 tahun serta diedarkan di lebih 300 farmasi di seluruh Malaysia.

Aqil turut memuat naik beberapa perkongsian pelanggan yang mendakwa berpuas hati menggunakan produk terbabit sebagai sokongan terhadap kenyataannya.

Hantaran tersebut menerima ribuan tanda suka serta ratusan komen daripada pengguna media sosial yang memberikan pelbagai reaksi.

Sehingga kini, individu yang dirujuk dalam hantaran tersebut belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung dakwaan yang dibuat oleh Aqil. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok