SEJAK kebelakangan ini, nama Najwa Latif kerap muncul dalam media sosial Diva. Pada mulanya, Diva sangka ada berlaku sebarang isu tetapi rupa-rupanya peminat mohon Najwa buat konsert solo.
Lain macam permintaan peminat tetapi mungkin mereka rindu nak tengok Najwa beraksi di pentas seperti dulu.
Kata mereka, dia sudah layak memiliki konsert atau showcase solo sendiri kerana mempunyai banyak lagu popular.
Peminat-peminatnya yang sejak dulu juga sekarang ini sudah mampu untuk beli tiket sendiri. Mereka juga mengakui sanggup melabur duit untuk beli tiket sekiranya konsert tersebut jadi realiti.
Harap mana-mana penganjur baca rintihan dan rayuan peminat Najwa tetapi semuanya tetap bergantung kepada tuan badan sendiri sama ada mahu adakan persembahan berskala besar atau tidak.
DIVA: Tak faham tengok hubungan Datuk Fazley dengan Datuk Seri Vida, kalau padi katakan padi.
