Hussain memang bagus, cuma peminat fanatik jangan over!

Program Big Stage x Rocketfuel baru sahaja membuka tirai, namun bahang persaingan sudah terasa. 

Ramai peserta tampil hebat dan menunjukkan taring masing-masing, tetapi perhatian Diva lebih tertumpu kepada penyertaan Hussain, naib juara Talk To My Manager musim kedua.

Diva tidak menafikan anak kepada penyanyi Jamilul Hayat itu memang berbakat dan layak berada di pentas tersebut. Masalahnya bukan pada dia, tetapi pada segelintir peminatnya. 

Setiap kali video peserta lain dimuat naik, muncul pula komen fanatik merendah-rendahkan bakat orang lain demi mengangkat idola mereka.

“Hussain lagi sedap, peserta lain biasa-biasa je,” antara komen yang berulang kali muncul.

Bagi Diva, sikap begini hanya memakan tuan. Orang mungkin mula menyampah bukan kerana Hussain, tetapi kerana perangai peminat. 

Sokonglah idola dengan cara matang, bukan memijak orang lain untuk menaikkan nama sendiri. 

Apa pun, Diva tetap akui Hussain memang ‘full package’ rupa, suara, aura pun ada. 

DIVA: Kalau berani sangat menyindir dalam media sosial, cubalah berdepan depan-depan. Baru anak jantan!



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok