Diserang cacar, Ed Sheeran botakkan kepala

PENYANYI Ed Sheeran mengejutkan peminat apabila mendedahkan dirinya baru sahaja pulih daripada penyakit cacar api atau herpes zoster yang dialaminya sejak sebulan lalu.

Pengakuan itu dibuat menerusi hantaran Instagram miliknya dengan memaklumkan keadaannya kini semakin baik selepas melalui tempoh pemulihan.

Saya terkena cacar api baru-baru ini, tapi sudah mulai pulih,” kongsinya ringkas.

Begitupun, pelantun lagu Thinking Out Loud itu terus meraih perhatian apabila muncul dengan penampilan baharu iaitu mencukur rambut merah ikoniknya.

Saya mencukur rambut. Saya ingin melakukannya sebagai simbol permulaan baru. Banyak hal terjadi dalam hidup saya saat ini,” ujarnya.

Sebaik sembuh, Sheeran mengumumkan akan meneruskan konsert jelajah Loop Tour di Amerika Selatan yang bermula Januari lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok