HASRAT Qilo dan Aliff Kimiey untuk melangkah ke pentas akhir Big Stage X Rocketfuel tidak kesampaian apabila dua peserta itu tersingkir dalam program malam ini.
Menduduki tempat tercorot, Qilo atau nama lengkapnya Aqil Azfar Mohd. Azri, 21, menzahirkan ucapan terima kasih kerana dapat sampai ke tahap ini.
“Terima kasih banyak-banyak kepada peminat saya. Saya bersyukur dapat sampai ke pentas separuh akhir.
“Saya nak berterima kasih juga kepada kawan-kawan saya. Kalian memang peneman yang seronok,” katanya usai diumumkan tersingkir.
Manakala, Aliff Kimiey yang menyanyikan lagu Joget Kelantan turut meninggalkan pentas dengan markah 77 peratus.
Dalam pada itu, Danial Kifli merupakan peserta yang menerima Umobile ‘priority pass’ di mana melayakkan dirinya terus ke pentas akhir.
Pada konsert yang bertemakan ‘Analog’, kedudukan pertama menjadi milik Ranisha menerusi lagu Ngajat Tampi nyanyian asal Noraniza Idris dengan markah tertinggi, 88 peratus.
Tempat kedua pula menjadi milik Adam Nazmie (87.33 peratus) manakala (85.67 peratus) pula berada di tempat ketiga.
Sementara itu, Hussain sekali lagi memenangi anugerah Rocketstar of The Week apabila meraih undian online tertinggi.
Big Stage X Rocketfuel dihoskan Nabil Ahmad dan Azeva sementara barisan juri pula terdiri daripada Hael Husaini, Aisha Retno dan Akim Ahmad. – HIBGLAM
