Goyang ‘terlampau’, Baby Shima kena hentam lagi

KECOH dalam media sosial apabila penyanyi Baby Shima menerima kecaman susulan aksi lincahnya menghiburkan penonton dengan lagu kontroversi berjudul Masuk Lagi dalam sebuah program anjuran kementerian.

Bukan soal nyanyian dipertikaikan, sebaliknya gaya persembahan dianggap terlalu berani hingga kurang sesuai dengan majlis rasmi.

Macam ini punya lagu bagi nyanyi dekat program kementerian? Tahap program kementerian Malaysia dah jadi macam ini ke?” sindir seorang netizen.

Ramai turut berpendapat Shima sepatutnya lebih peka membaca suasana. Bukan semua pentas memerlukan aksi bergelek atau persembahan penuh sensasi.

Diva pun berfikir sejenak, kementerian berhak menjemput sesiapa sahaja sebagai penghibur, namun artis juga perlu bijak menyesuaikan imej dan persembahan mengikut majlis. Kalau menyanyi di festival, lain rentaknya.

Kalau pentas rasmi, biarlah ada sedikit batas dan tertib. Bukan perlu jadi terlalu sopan sampai kaku, cuma berpada-pada agar persembahan dikenang kerana bakat, bukan kontroversi.

Dalam dunia seni, kebijaksanaan membaca keadaan jauh lebih mahal daripada sekadar mahu mencuri perhatian.

DIVA: Benci betul dengan perempuan berlagak bijak dan hebat yang kecam kegemaran orang rakam foto ketika kapal terbang hendak mendarat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok